"mintak mak,kuih sepotong..saya mau makan kerna perut kosong...."lagu raya tak putus2 diputarkan di pusat membeli belah,kedai2,toko kain,hotel,restoran pun sama.
dekorasi yang paling best.setiap tahun seperti perlumbaan dekorasi sapa paling meriah baik dirumah atau dluar rumah.Yang paling best kat klinik kesihatan pun depa decorate.nampak kampung tapi yang penting ada usaha.lantaklah nak kata apa,semua orang ada cara untuk meng ekspresikan cara mereka RAYA.
Gerai2 Lemang dan rendang di pinggir jalan.Maaf foto agak tidak kelihatan,amatur.
Bagaikan cendawan yang tumbuh selepas hujan,begitulah gambaran gerai2 lemang yang di dirikan semata2 untuk memenuhi permintaan orang ramai.Ini sebabkan kita sudah tidak lagi mau bersusah2 membuat lemang dari buluh yang di anggap rumit,mereka adalah penyelamat keadaan.Kalu ada open house,makanan tak cukup,apalagi...lemang ni la yang di hidangkan.
Bab hias menghias,antara eksesori yang wajib ada ialah lampu klip klap,bunga kertas/plastik,langsir kaler2,pelita,yang tak dapat dipisahkan dalam menyambut hari raya.Saya sempat melihat sendiri kawan saya membuat dekorasi untuk melengkapkan sambutan hari raya.Hebat!Meriah!Ranggi!Bukan kita saja dapat baju raya..bukan rumah saja yang dapat langsir raya...Tapi bekas kuih raya juga di kasi pakaikan Baju RAYA!!
Tuuu DIA!!jangan tekejut!Kuih raya tak sedap tak apa,yang penting bekasnya sempoi!!
Akhir kata....Lantak lah nak celebrate lagu mana,Yang penting kita happy,enjoyzzz, and bersyukur!Selamat Hari Raya Semua!!
3 comments:
perjalanan jauh tak kurasa
kerna hatiku melonjak sama.
ingin berjumpa sanak saudara
yang selalu bermain di mata.
selamat hari raya aidilfitri
p/s mesti comei Arafat pakai baju telok blanga:)
yahooo raya.damdamdum bunyi mecun.
Adoyai..mamu crita baru kelam kabut nak cari baju raya Arafat-Tak da saiz new born la.
Really wish i can turn back time when kita masih 'ketek' lagi,ramai2 kat rumah thorpe road celebrate raya!
hoi
hampa semua cakap macam rangtua. pasai anak, pasai nak beli baju raya -anak baru sebulan.
bila korang teringat "masa ketek ketek" aruah tokyah saja yang cakap macam tu, itu pun bila dia dah lebih 70 tahun (tapi masih pakai levis).
anyway, kita ni first time raya kat kl noh. memang bila hampa kata thorpe road, aku pun sedih mengenangkan kucing nenek yang tak dapat beraya sakan kat thorpe road tahun ni pasai nenek sudah cao kat kl. mmm kejam kejam..
tapi takpa, christmas kan ada...
Post a Comment