Sunday, October 5, 2008

Restorasi legasi..



Kerusi uzur seribu kenangan





Kerusi ini mengimbau kembali nostalgia lama kat rumah Thorpe road. Suatu ketika dahulu, kerusi ini gagah menampung beban anak2 Tokyah yang lapaq di meja makan,gagah menahan 'Kontuik', 'Cuki te'idung' tapi kini dah uzur di telan zaman.



Wan tak tau pasal pa wan begitu emotional melihat kerusi nenek ni.Dari kecik waktu nenek jaga wan,kalu nak makan musti nenek taroh bantal atas kerusi ni sebab wan ni pendek.Biasalah cucu nenek yang nyek nyek.Mungkin kerana bila tengok kerusi ni,terbayang waktu dulu,terbayang wan duduk diatas kerusi ini.Masih jelas dalam ingatan,terbayang tokyah akan duduk diatas kerusi ni sambil menikmati 'beef steak' nenek,salad sambil mendengar tv berita RTM dibelakang nya,kerana position tokyah selalu membelakangkan tv.Terbayang juga papa wan yang wan rindui,papa israf yang akan duduk depan tokyah di atas kerusi ini sambil salah satu kakinya akan di angkat,di letak atas kerusi. tandanya nenek masak memang lomak..sejodi ranjak makan!



Kerusi ini banyak kenangan buat wan...Moment are temporary...memories are forever.Walau bagaimana uzur sekali pun kerusi nenek ni,cubaan untuk membaik pulih akan dilakukan supaya kenangan tak luput dari ingatan.



Malam raya hari tu, dah sandpaper bagi halus,then start to put varnish so that it shining again.Sadly the pattern, corak2 tu dah hilang.Tempat melabuh 'jamban' pun dah pecah kayunya.So kena pi hardware shop,pi beli plywood.memang tak akan sama tapi yang penting boleh pakai dan kenangan di gilap kembali.

Setelah di kilatkan..-Yang itam2 atas kerusi tu tak boleh ilang..Tepacak cirit kot!

Thanks to papa ontheway and pakman who give tips on restoration of the chair.Pakbang canyoukira pun susah2 pi ambil kerusi ni kat Sungai Buaya.Domo arigato!

Kerusi oh kerusi...aku akan menjaga mu...legasi ku...

4 comments:

fithri said...

nasib baik kerusi, kalau nenek suruh hang restore balik carpet2 lama dia baru hang 'emotional' bersin2! berayak mata..

dmystify said...

Kerusi bukan sebarang kerusi
Kerusi di beli dizaman Tok Yah

Memang tahan sebab nya ori
Bukannya ciplak yang dijual murah

Yeh bah!
- pantun kerusi maleh....

wantaktau said...

Kalu restore carpet,tak emotional.
Kalu tilam dan bantal baru emotional...sebab dah pernah kena gigit dengan PIJAT(Bedbugs)!Mata bengkak di pagi raya!huhuhu...

el isman said...

Syabas,yang lama di lupa jangan.antik sungguh kerusi ni.
Carpet! tercabut hidung aku dibuatnya.hahahhahaa.