Monday, September 29, 2008

Tok Cop Semangat Raya...

Tok Cop potong daun pisang.

Muhammad Yousof Bin Hussien adalah moyang saya.Nama panggilan Tok Cop.Tok Cop adalah pakcik kepada Che Puan Kechik,nenek saya.

Kisah hidup Tok Cop begitu menarik dengan pengalaman dan ilmu yang meluas yang saya angkat beliau sebagai mentor atau guru.Kalau dibukukan boleh jadi cerita rakyat,

Petang tadi saya ke rumahnya untuk bertanya kabar sebelum Eid Fitri.Biasalah hari2 terakhir sebelum raya,banyaklah persiapan yang dilakukan.TokMunah sibuk membuat kuih dan ketupat palas.

Pada usia sudah melebihi setengah abad,Tok Cop masih gagah untuk turut serta dalam apa2 hal yang berpetualang.Dari melukis, memancing, big walk, sampailah ke Vespa a.k.a Ayam Jantan, beliau harus diberi kreditasi kerana masih hebat, gagah di usia emas.TAK MENGAKU TUA.
Mama minta tolong cari daun pisang untuk buat Lemang Kukus di hari raya nanti.Kebetulan dirumah Tok Cop ada pohon2 pisang.Saya minta sikit bagi pihak mama untuk mengambilnya.Tok Cop dengan semangat raya menawarkan diri mengambilnya untuk saya.Pohon pisang depan rumahnya bukan nya rendah, tinggi wooo.Tapi Tok Cop dengan skill Ashkar British selambe je ambil...respek tabik spring...Jiran2 pun tekejut.

Mencari daun pisang yang sesuai.
Memang semangat,semangat nak sambut raya!

Thank you Tok Cop,I love u so much!

Wednesday, September 24, 2008

Syawal sudah dekat!

Dekorasi hari raya di klinik kerajaan.Agak 'Kampueng' tapi tak pedulilah yang penting MERIAH!

Wow!Happening!Meriah memang meriah!lagi dekat lagi best...Makin
dekat makin terasa...itulah suasana Hari Raya di Malaysia.Mana mana kita pergi,sambutan makin terasa dengan persiapan datangnya Hari Raya.Syawal di sambut begitu meriah di banding bulan islam yang lain diMalaysia.Ramadhan yang akan berakhir kelak hanya akan dirindui, ditangisi, dinanti kedatangannya oleh orang2 yang tinggi penghayatan sepanjang ramadhan.

"mintak mak,kuih sepotong..saya mau makan kerna perut kosong...."lagu raya tak putus2 diputarkan di pusat membeli belah,kedai2,toko kain,hotel,restoran pun sama.

dekorasi yang paling best.setiap tahun seperti perlumbaan dekorasi sapa paling meriah baik dirumah atau dluar rumah.Yang paling best kat klinik kesihatan pun depa decorate.nampak kampung tapi yang penting ada usaha.lantaklah nak kata apa,semua orang ada cara untuk meng ekspresikan cara mereka RAYA.


Gerai2 Lemang dan rendang di pinggir jalan.Maaf foto agak tidak kelihatan,amatur.


Bagaikan cendawan yang tumbuh selepas hujan,begitulah gambaran gerai2 lemang yang di dirikan semata2 untuk memenuhi permintaan orang ramai.Ini sebabkan kita sudah tidak lagi mau bersusah2 membuat lemang dari buluh yang di anggap rumit,mereka adalah penyelamat keadaan.Kalu ada open house,makanan tak cukup,apalagi...lemang ni la yang di hidangkan.

Bab hias menghias,antara eksesori yang wajib ada ialah lampu klip klap,bunga kertas/plastik,langsir kaler2,pelita,yang tak dapat dipisahkan dalam menyambut hari raya.Saya sempat melihat sendiri kawan saya membuat dekorasi untuk melengkapkan sambutan hari raya.Hebat!Meriah!Ranggi!Bukan kita saja dapat baju raya..bukan rumah saja yang dapat langsir raya...Tapi bekas kuih raya juga di kasi pakaikan Baju RAYA!!


Tuuu DIA!!jangan tekejut!Kuih raya tak sedap tak apa,yang penting bekasnya sempoi!!

Akhir kata....Lantak lah nak celebrate lagu mana,Yang penting kita happy,enjoyzzz, and bersyukur!Selamat Hari Raya Semua!!

Tuesday, September 23, 2008

Saya Selesema Boss!!

Hari ni semua benda buat serba tak kena.Hidung penuh,kepala pening,mata pedih.Semua pasai kena flu aka selesema aka selemo.Memang bikin tambah letih dan penat.Nak makan ubat kena tunggu buka sampai sahur,kalu tidak mengantuk.
Pi kerja,member sorang MC,so paperwork berlambak lambak.Aircon betoi2 atas kepala tak boleh control becoz centralise.Tambah la Selesema.Nak buat kerja pun dah tak senang.Boss tak peduli apa alasan kita,yang penting kerja beres no matter what.
Kita ingat boss nak appriciate la kita ni sakit2 pun mai kerja.PHAITT!!Taik Kuciang dia nak appriciate!Nak pulak bos kelly eng!depa ni tak boleh bagi pakai tie(tali leher),tambah 'anthony' depa jadi.Nak jadi crita,dia ni dulu member sebelah PC,sempoi boleh ajak sembang.No bounderies.Lani dah naik pangkat,dah pakai tie bukan main eksyen mikel jeksen!Sikit sikit "Yes...Tell me tell me..."konon ada kelasss you.Dia tak sedaq kalu kita ni off tapi mai kerja pun becoz ganti member mc.So when i said that the nextday im not coming to work,dia panic!Padahal contra offday becoz ganti member.Kepala dah benggg...hidung dah penuh....emosi menguasai pikiran...pikiran bertindak mengikut hati menghantar signal kemulut lalu aku menjerit..."SAYA SELESEMA BOSS!!"
...
...
...
dia jawab..'wokey wokey...sory sory'(tekejut beruk la tu)hehehe
Lani bila dok teringat nak tergelak pulak ingat muka boss..hehehe

Monday, September 8, 2008

Dugaan Mariposa....


Yahoo!boleh balik awal!tu yang paling best bila kerja bulan puasa a.k.a posa. 1stday and 2ndday posa Wan posa kat rumah.Punyalah banyak 'dugaan'!
Dugaan dugaan disenaraikan bawah(kalu tersengeh tu musti kena batang hidung):
1-Rumah sejuk,bantal empuk= amat sesuai untuk melabuhkan jamban yang serba besaq untuk mengelungsuq diatas tilam seraya tidur tak hengat dunia.hasil dari itu mata rapat macam ada dodoi punya liat nak bukak.Solat zohor pun bertemu dengan asar lalu bersatulah ia.
2-Bau masakan= amat merbahayakan kesihatan.boleh mengakibatkan mangsa lupa atau matsaleh panggil dimensia.penyakit ini membuatkan mangsa yang sedang posa menjadi lupa kalu dia sedang posa dan mengikut bau2an masakan lalu minum dan makan tanpa disedari.kadang ada juga buat2 lupa..
3-Param= apa itu param?adakah param itu seorang pelakon berbangsa india yang berlakon dengan Badul zaman 80an?salah...Param itu adalah singkatan dari Pasar Ramadhan.Di param pula ada teman2nya yang di panggil GERAM.apa itu Geram?geram itu singkatan Gerai Ramadhan.Dugaan yang diberi adalah juadah yang sempoi mempoi,buat kan nafsu membeli menlonjak walhal kita sendiri pun tak tau sedap ka,tak sedap ka.tu yang bikin geramJangan tanya wan...Wan tak tau!yang wan tau sedap ada 2 makanan ja yang sedap.Kuih pelita kat PARAM Bukit Indah,sedap sampai boleh menitiskan air mata,hehehe.Murtabak MMS(fit3 yang bagi nama)MMS tu Murtabak makcik Salmah semperna nama isteri pakcik sulaiman,tukang buat murtabak yang terkenal di bumi ampang indah.sedapnya sampai boleh bergaduh di meja makan.sangat brutal.
4-Macet/kesesakkan jalan raya(susah betul bahasa melayu,panjang sangat.kalu matsaleh lagi pendek-jam!)dugaan mental dan fizikal.walau balik kerja awal tapi terpaksa menghadap makhluk yang namanya macet ini.makhluk ini tak kenal erti belas kasihan pada yang posa.Yang tak posa pun kena sangkut dengan makhluk ni.Orang posa balik awal,depa pun sibuk nak balik awal.Kita balik awal nak buka posa walhal depa dah lama dah 'terbukak'.Jadi sama2 ditelan macet.Yang best bawak motor!motor kecik yang paling ideal untuk menentang makhluk ini.Boleh mencelah celah.ya kurang dugaan,tapi cabaran tak kurang.Bulan Posa jam mintak ampun!Harus ada skill untuk mencelah dan memecut.Kalu hujan lagi bagus bagi yang bawa motor,boleh bukak posa awal.lebih lebih bagi mereka yang yang helmet tak ada visor!Air hujan berlumba lumba masuk mulut!Selamat berbuka wan ucapkan.(hati hati canyoukira,jangan pakai helmet merah stengah tu,hehe)

Apapun dugaan,harus tabah dan cekal.Mariposa...

Saturday, September 6, 2008

La la la kerja...

Ada orang kerja pasal nak dapat nama.Ada juga yang kerja pasal pangkat.Tapi pokok dari segala sebab pasal apa orang nak kerja is because of money.Wan tak tau pasal pa dari dulu wan memang cukup pening dalam bab cari kerja.Firstly maybe because wan really dont have any choice as im kinda desperado in terms of debt and responsibility.What we want,what we plan in life may not be happen at all if we did not put a full effort towards it.After a few umrah,i realize that apa apa pun yang kita nak kita boleh dapat 100%....90%...50% sama dengan apa yang kita nak,cuma tinggal lagi adakah kita perasan atau sedar kalau Allah sebetulnya dah kurniakan,dah bagi dah pun apa yang kita nak.Kita saja yang buta.Atau juga pura2 buta dan tidak bersyukur.Rezeki adalah 'kerja' Allah.Siapa saja yang dikehendaki akan mendapat dengan izin NYA.It is our kerja and Responsiblity to always berdoa,berusaha,bertawakkal dan bersyukur setiap saat.

Responsibility's like a string we can only see the middle of. Both ends are out of sight. ~William McFee, Casuals of the Sea, 1916
Dari jual sate,niaga bubur ramadhan,pomen beskal,minta derma MAKNA yang takda makna,design and built,jual seluaq,jual kacomato,saji orang makan atas kopatobang, semua kerja dah try..mula2 berangan,cakap dapat rm800 dah cukup.bila dah dapat 800 tak cukup pulak,minta pulak 1000.dah dapat lebih 1000 tak cukup jugak.minta lebih lagi.padahal waktu dapat rm800,cukup makan minum.yang peliknya dapat rm1000 tak cukup pulak.Baru paham bila orang tua cakap 'makin besar periuk,makin besar kerak'.
Kerja apa sekalipun dalam konteks mencari rezeki harus seiring dengan nawaitu yang baik.Wan tak tau kalu CPO nak meletup....monkey see monkey do..top up everyweek..rezeki banyak tapi tak bersyukur....berangan nak kaya goyang kaki...tukang jahit ja yang goyang kaki dapat duit wan oiii.bila duit kena 'sedut' baru ada akai!biasalah manusia bila tak ada,tergedik gedik nak sangat,bila dah dapat tak tau nak bersyukur.Tak penah nak cukup!Wan bukan nak marah tapi hanya nak ingat diri.Dah dapat hidup,sihat tubuh badan,dapat pi kerja balik kerja harus bersyukur.
La la la kerja,hari hari kerja...

Friday, September 5, 2008

Blogging start now!


"In the name of Allah, most Gracious, most Compassionate"

Muslims often say this phrase when embarking on any significant endeavor, and the phrase is considered by some to be a major pillar of Islam. This expression is so magnificent and so concise that all but one chapter of the Qur'an begins with the words Bismillah ir-Rahman ir-Rahim.

My parent taught me to say Bismillah before i do anything...with this i officially start blogging today on 06/09/2008, 06 Ramadhan 1429.

Enjoyzz!!